34 lembu berenang di Sungai Golok dirampas di Tumpat
Iklan
TUMPAT - Taktik membawa masuk lembu dari negara jiran dengan berenang melalui Sungai Golok berjaya dihidu pihak berkuasa apabila sebanyak 34 ekor lembu bernilai RM136,000 dirampas dalam satu serbuan di Kampung Mentua di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat diterima daripada anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat sebelum membuat serbuan di sebuah premis di kampung berkenaan di sini.