Jangan terlalu bergantung buruh asing

Iklan
Tze Tzin

SERDANG - Pemain industri pertanian dinasihatkan tidak terlalu bergantung kepada buruh asing.

Timbalan Menteri Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, mereka sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada graduan pertanian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berusaha melahirkan graduan bagi memenuhi pekerja mahir dan separa mahir dalam industri.

"Jangan terlalu bergantung kepada pekerja asing, fokus beri peluang kepada anak muda. Saya mohon pengusaha memberi peluang pekerjaan dan gaji yang bagus kepada graduan MOA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Pertanian Kali kesembilan di sini hari ini.

Iklan

Tze Tzin juga mahu pengusaha dalam bidang industri yakin dengan kebolehan graduan terbabit untuk meningkatkan perniagaan mereka sesuai dengan komitmen kerajaan mahu melahirkan pekerja berkualiti.

Pada majlis itu seramai 1,085 pelatih pertanian dalam pelbagai sektor diraikan.

Iklan