Di mana Puteri Nurardiana Damia Qaisara?
Iklan
BINTULU - Polis hari ini memuat naik siar raya Nur Alert di laman sosial rasmi PDRM bagi mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6, kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut, di sini, memakai baju ungu dengan seluar pendek merah.