Sungai bukan tempat pembuangan sampah

Iklan
Gambar hiasan

BARU-baru ini Merak Jalanan mengunjungi saudara di sebuah kawasan di Rawang. Tiba di sebuah jambatan, Merak Jalanan melihat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an sedang membawa satu beg plastik besar.

Mulanya niat asal ingin menolong lelaki itu, tetapi apabila tiba betul-betul di tengah jambatan, lelaki itu tanpa ada rasa segan melemparkan plastik besar itu ke dalam sungai.

Iklan
Iklan

Inilah mentaliti segelintir rakyat Malaysia yang masih lagi di takuk lama. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan apa yang akan berlaku terhadap sungai tersebut.

Tahun ini sahaja beberapa kes pencemaran sungai telah berlaku di negara ini sehingga memberi kesan langsung bukan sahaja kepada hidupan sungai itu tetapi juga kepada manusia.

Iklan

Pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor pada Mac lalu telah membuka mata rakyat di negara ini bagaimana kita mengambil mudah soal pembuangan sisa kimia sehingga memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Rata-rata yang menjadi mangsanya ialah pelajar dan akibat pencemaran itu, sebanyak 111 sekolah di sekitar Pasir Gudang terpaksa ditutup sementara.

Iklan

Begitu juga dengan pencemaran di Sungai Semenyih pada Jun lalu sehingga menyebabkan loji rawatan air sungai berkenaan terpaksa dihenti tugas hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu pengguna.

Kes terbaharu pula berlaku di sungai sama dengan kes yang sama pada Sabtu lalu hingga menyebabkan berlaku gangguan bekalan air di 204 kawasan di Selangor.

Itu belum lagi kes-kes pencemaran sungai akibat pembalakan dan juga perlombongan yang berlaku di tempat-tempat lain.

Mungkin kita masih belum insaf atas apa yang sedang berlaku ini. Mungkin ia masih lagi belum melibatkan diri kita menyebabkan kita tidak berasa apa-apa pun.

Kita seharusnya menghargai sungai sebagai sumber air utama.