Ketua Pengarah MKN meninggal dunia

Iklan
Datuk Engku Hamzah Tuan Mat

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Engku Hamzah Tuan Mat telah kembali ke rahmatullah petang tadi.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi satu kenyataan media oleh Pegawai Khas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara malam tadi.

Iklan
Iklan

Ketika ini, jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Serdang dan sebarang urusan pengkebumian masih belum dimaklumkan oleh ahli keluarga Allahyarham.

Sebarang makluman juga akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Iklan

Kami di Sinar Harian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beroleh rahmat ALLAH SWT.

Al-fatihah.

Iklan