Lagi kes demam babi Afrika dilaporkan di Korea Selatan

Iklan
Gambar hiasan. - Foto ABS-CBN News

SEOUL - Lagi kes disyaki demam babi Afrika dilaporkan di Korea Selatan baru-baru ini, mencetuskan kebimbangan penularan penyakit itu meskipun pelbagai langkah pencegahan diambil.

Menurut agensi berita Yonhap, kes disyaki itu dilaporkan di ladang di bandar Yangju, 30km di utara Seoul, memetik Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar.

Iklan
Iklan

Jika ujian mendapati kes itu positif menjadikan sebanyak 10 kes demam babi Afrika dicatatkan di Korea Selatan sejak 17 September.

Terdapat beberapa kes disyaki di Yangju awal minggu ini tetapi selepas ujian lanjut dijalankan ia didapati negatif.

Iklan

Sebagai sebahagian langkah pencegahan, pihak berkuasa menyembelih semua babi di ladang yang terletak di daerah Ganghwa, Incheon, barat Seoul, pada Sabtu.

Ganghwa paling teruk dilanda wabak itu, memandangkan lima daripada sembilan kes disahkan dilaporkan di wilayah berkenaan. - Bernama

Iklan