Teruja disambut Power Rangers, Mickey Mouse
Iklan
Ibu bapa murid turut bergambar bersama Power Rangers dan Mickey Mouse di SK Rambah.
PONTIAN - Pelbagai gelagat murid tahun satu dapat dilihat di Sekolah Kebangsaan ( SK) Rambah yang memulakan sesi persekolahan hari ini.
Ada yang malu-malu dan tidak kurang juga yang begitu teruja ke sekolah.
Iklan
Iklan
Menariknya, kehadiran adiwira Power Rangers seawal jam 7.00 pagi di pintu masuk sekolah mengubah suasana menjadi agak meriah dengan gelak ketawa murid-murid yang seronok bertemu Power Rangers.
Orang ramai yang melalui jalan di hadapan sekolah berkenaan juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Power Rangers.
Iklan
Ada yang memberhentikan kenderaan semata-mata mahu melihat Power Rangers di SK Rambah.
Gelagat murid tahun satu bertemu Power Rangers di SK Rambah.
Begitulah penangan kehadiran adiwira Power Rangers pada hari pertama sesi persekolahan di SK Rambah yang bukan sahaja menceriakan murid tetapi turut menarik perhatian orang ramai.
Iklan
Nyata usaha Cikgu Syafiq mengenakan kostum adiwira tersebut yang cukup diminati pelbagai peringkat usia terutama kanak-kanak itu, tidak sia-sia.
Cikgu Syafiq atau nama sebenarnya Syafiq Md Yusof, 30 merupakan guru bahasa Inggeris yang berkhidmat di SK Rambah sejak 9 tahun lalu.
Mengenakan kostum adiwira merupakan minat Cikgu Syafiq yang juga pengasas LOL Cosplay JB yang aktif dalam membuat persembahan kostum adiwira di Johor Bahru dan Pontian.
Bukan kali pertama, sebaliknya tahun ini merupakan tahun kedua Cikgu Syafiq mengenakan kostum adiwira bagi menyambut kedatangan murid tahun 1 di SK Rambah.
Bezanya pada tahun ini Cikgu Syafiq tidak berseorangan kerana dia ditemani rakannya Cikgu Riza Azziff Azhari, 30, yang juga guru displin sekolah mengenakan kostum Mickey Mouse.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.