Aktivis Joshua Wong rancang tanding pilihan raya
Iklan
HONG KONG - Aktivis demokrasi Hong Kong, Joshua Wong mengumumkan rancangannya untuk bertanding dalam pilihan raya tempatan dan memberi amaran sebarang percubaan membatalkan permohonannya hanya akan mencetuskan lebih banyak sokongan protes pro demokrasi.
Pengumuman itu dibuat menjelang perhimpunan besar hari ini bagi menyambut ulang tahun kelima protes Gerakan Payung yang menyaksikan dia diangkat sebagai ketua pemuda.