Inkues Adib: Kerajaan serah pada PDRM
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan kes melibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim selepas Mahkamah Koroner memutuskan keputusan inkues sebagai jenayah.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat kes tersebut secara terperinci.