Pecat Tommy atau direhatkan hingga kes Adib selesai: Pemuda Pas

Iklan
Tommy

SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mendesak supaya Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dipecat atau sekurang-kurangnya direhatkan untuk satu tempoh sehingga keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berjaya dicapai.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mengharapkan Peguam Negara tidak membuat permohonan semakan semula atau rayuan terhadap keputusan inkues.

Iklan
Iklan

"Ini penting dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes Adib ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas inkues Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini hari ini.

Iklan
Ahmad Fadhli ketika hadir di perkarangan Mahkamah Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berharap agar pembunuh Muhammad Adib dapat segera dibawa kemuka pengadilan.

"Kita melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan inkues hari ini.

Iklan

"Hari ini rakyat sudah mendapat keputusan dan pembelaan dalam usaha mencari pembunuh sebenar Adib," katanya.

Mahkamah Koroner hari ini membuat dapatan bahawa Muhammad Adib dipukul oleh individu berbangsa India yang tidak dikenali ketika berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Allahyarham ketika itu bertugas untuk memadamkan kebakaran dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November tahun lalu.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad dalam keputusannya berkata, dapatan tersebut mengambil kira bahawa rusuhan tercetus akibat kemarahan bangsa India terhadap pencerobohan kuil yang dilakukan sekumpulan Melayu beberapa hari sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib dipukul sekumpulan India: Koroner

Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

Adib ditarik keluar, dihentak pada hujung daun pintu EMRS