Mayat ditemukan terapung di Sungai Pahang
Iklan
TEMERLOH - Hasrat seorang lelaki memberikan makanan pada ikan peliharaannya di sangkar terencat selepas menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Pahang dekat Kampung Buntut Pulau pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner, Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mayat Mohd Fazairi Abu Bakar,38, dari Kampung Tebal di sini ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah kembung di dalam sungai tersebut oleh orang awam kira-kira jam 9.40 pagi.