Lori terbabas, Lebuhraya Sungai Besi sesak tiga jam

Iklan
Nahas berlaku menyebabkan kesesakan selama 3 jam. FOTO: LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)

KUALA LUMPUR - Gara-gara sebuah lori membawa muatan air terbabas jam 6 pagi, warga kota yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur -Seremban terpaksa berhadapan dengan kesesakan lebih tiga jam.

Kejadian berlaku apabila lori yang menghala ke arah Seremban terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum menghempap beberapa buah kereta.

Iklan
Iklan

Status Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik sesak dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menghala ke Pusat Bandar berikutan kemalangan di Kilometer 6.0 berhampiran Persimpangan Sri Petaling. (luar kawasan selenggara PLUS).

Difahamkan sehingga jam 10.30 pagi tadi keadaan trafik masih sesak sebelum dan selepas keluar daripada Plaza tol Sungai Besi ke Pusat Bandar.

Iklan

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.