Dewan Rakyat lulus Laporan Kajian Semula Persempadanan Sabah
Iklan
Azhar Azizan Harun
SHAH ALAM - Dewan Rakyat telah meluluskan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah Kali Keenam Tahun 2017 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri Sabah) 2019 dalam sidangnya pada 17 Julai lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, susulan daripada pewartaan perintah tersebut, pengemaskinian daerah-daerah mengundi telah dilaksanakan oleh pihaknya dan diwartakan pada 24 September lepas.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perintah tersebut juga telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah diwartakan untuk dikuat kuasa mulai 22 Ogos 2019.
"Semakan daerah mengundi dan pusat mengundi bagi pengundi-pengundi di negeri Sabah boleh dibuat di tempat pemeriksaan seperti mana yang dinyatakan dalam Notis dan boleh diperiksa mulai 24 September 2019 hingga 10 Oktober 2019," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Azhar Azizan berkata, maklumat mengenai tempat pemeriksaan daerah mengundi dan pusat mengundi tersebut juga boleh didapati melalui portal rasmi SPR di http://www.spr.gov.my.
"Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8892 7000 atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah di talian 088-488 588," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>