Kastam umum tambahan empat servis dikenakan SST
Iklan
Subromaniam (tengah) pada sidang media, hari ini.
MELAKA TENGAH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan empat lagi jenis perkhidmatan yang akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, skop perkhidmatan bercukai itu dijangka melibatkan lebih 10,000 buah syarikat yang akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekali gus membantu meningkatkan hasil pendapatan dalam negara bermula Mac depan.
Iklan
Iklan
"Ia akan diperluaskan termasuk perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan serta penyediaan latihan atau tunjuk ajar.
"Syarikat yang terlibat dalam jenis perkhidmatan itu dengan nilai perkhidmatan bercukai melebihi RM500,000 setahun harus membuat pendaftaran dengan JKDM sebelum 28 Februari depan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.
Iklan
Menurutnya, dijangkakan sebanyak 10,000 buah syarikat akan mendaftar dengan jumlah tertinggi melibatkan perkhidmatan pembersihan dan penyediaan latihan atau tunjuk ajar.
"Keputusan berhubung pemilihan jenis perkhidmatan itu dimuktamadkan setelah mengambil kira kepentingan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) agar tidak terbeban dengan cukai yang dikenakan.
Iklan
"Kita yakin empat jenis perkhidmatan yang dikenakan cukai SST ini lazimnya dinikmati oleh golongan berkemampuan seperti perkhidmatan penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan," katanya.
Subromaniam berkata, rakyat perlu melihat pelaksanaan SST dari perspektif positif, demi membantu meningkatkan perolehan hasil kerajaan yang pada akhirnya akan dipulangkan semula kepada rakyat khususnya golongan B40,” katanya.
Dalam pada itu, Subromaniam turut mengumumkan pengecualian cukai SST melibatkan Kumpulan G (golongan profesional) yang memberikan perkhidmatan sama kepada orang berdaftar termasuk perkhidmatan pengiklanan dalam Kumpulan 1 dan perkhidmatan bercukai yang diimport.
"Dianggarkan sebanyak 25,000 buah syarikat akan menikmati manfaat tersebut dan keputusan itu diumumkan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2019 bagi mengelakkan kos percukaian berganda dan mengekalkan daya saing industri perkhidmatan tempatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>