'Lintang-pukang lari masuk semak'
Iklan
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi semalam. Foto: JIM Terengganu
KUALA TERENGGANU- Pekerja warga asing lari lintang-pukang sebelum bersembunyi dalam semak bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu ketika Ops Bersepadu semalam.
Operasi dilakukan di tapak pelupusan sampah, kilang, tapak pembinaan dan premis kedai.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, 16 daripada 112 pekerja warga asing yang diperiksa didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu, Ahmad Salihin Salleh berkata, operasi kira-kira tujuh jam bermula kira-kira jam 9.30 pagi membabitkan 18 anggota.
Iklan
"Antara lokasi tumpuan kami ialah tapak pelupusan sampah Sanitari di Sungai Ikan, dua kilang kayu, dua tapak pembinaan dan dua premis kedai.
"Ketika sebuan kebanyakan pekerja sedang bekerja sebelum masing-masing melarikan diri ke dalam semak berhampiran sejurus menyedari kehadiran kami.
Iklan
"Ada di antara mereka berani 'mati' apabila nekad meniti laluan tebing berbahaya semata-mata mahu masuk ke dalam semak bagi mengelak daripada dicekup," katanya ketika ditemui hari ini.
Anggota melakukan serbuan di salah sebuah kilang kayu, dalam operasi semalam. Foto: JIM Terengganu
Ahmad Salihin berkata, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga lelaki Myanmar, dua lelaki Bangladesh, 12 warga Indonesia terdiri enam lelaki dan enam perempuan serta seorang lelaki warga Pakistan.
"Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
"Selain itu, ada yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal