Yayasan Pahang salur lebih RM1.2 billion sejak 1983

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang memperuntukkan lebih RM1.2 bilion untuk pelbagai bantuan terutama berkaitan pendidikan sejak 1983 hingga Jun 2019.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui kenyataan dan informasi berkaitan yang dimuat naik di Facebook rasminya menjelaskan, dana besar yang diperuntukkan dalam tempoh hampir 36 tahun itu memberi manfaat kepada 1.5 juta penerima.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah dana yang diperuntukkan itu sebanyak RM556 juta disalurkan untuk pinjaman pendidikan melibatkan 39,722 penerima.

"Seterusnya RM424 juta diperuntukkan untuk bantuan biasiswa dengan jumlah penerima setakat ini 327,687 orang.

Iklan

"Sebahagian lagi membabitkan jumlah RM274 juta diperuntukkan untuk kebajikan sosial dan program kecemerlangan pendidikan dengan jumlah penerima hampir 1.2 juta orang,” katanya.

Wan Rosdy berkata, bantuan yang disalurkan melalui Yayasan Pahang itu membuktikan kerajaan negeri amat mengutamakan ilmu pengetahuan dan pendidikan dengan matlamat menjadikan negeri Pahang terus maju dan berjaya.

Iklan