Lelaki didakwa bunuh pengawal keselamatan

Iklan

GEORGETOWN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan pada 15 September lepas.

Moharizmi Azlie, 35, didakwa dengan sengaja membunuh, Mohamad Nurulhudin Ismail, 31, di hadapan Menara Jam, Kompleks Bukit Jambul, Jalan Rumbia, Daerah Timur Laut di sini pada 11.36 malam.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret, L Umma Devi namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Iklan

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Salem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut ditikam rakannya dalam satu pergaduhan dipercayai akibat masalah hutang. - Bernama