Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Iklan
PUTRAJAYA - Seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan,67, yang meninggal dunia akibat sakit jantung di rumah anaknya di Rawang kira-kira jam 11 malam tadi.
Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, seluruh warga SPRM mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.