Lamaran bertukar tragedi

Iklan
Nota lamaran Weber kepada Antoine. - Foto Facebook Kenesha Antoine

PEMBA ISLAND - Momen bahagia sepasang kekasih bertukar tragedi apabila seorang lelaki dari Louisiana, Amerika Syarikat maut ketika melamar teman wanitanya dalam satu percutian bawah laut di Tanzania.

Steven Weber dan Kenesha Antoine, menyewa sebuah bilik bawah laut di Manta Resort, Pemba Island, Tanzania untuk tempoh empat hari.

Iklan
Iklan

Pada hari ketiga, Weber mengambil keputusan untuk melamar Antoine dengan hanya memakai gogal, Weber menyelam sambil membawa nota lamaran untuk ditunjukkan kepada kekasihnya yang berada di dalam bilik.

Nota lamaran Weber kepada Antoine. - Foto Facebook Kenesha Antoine

Menerusi rakaman video Antoine, Weber kemudian dilihat mengeluarkan sebentuk cincin sebelum berenang dan hilang daripada pandangan Antoine.

Iklan

Sementara itu, kenyataan pihak resort memaklumkan Weber lemas ketika menyelam sendirian pada Khamis lalu.

Dalam muat naik di Facebook, Antoine berkata, meskipun berasa sedih kerana Weber tidak sempat mendengar jawapan 'ya' daripadanya, namun dia akan terus mengingati memori indah mereka berdua. - Agensi

Iklan