Atuk cium mulut, kemaluan budak dijel 10 tahun

Iklan
Warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, Ogos tahun lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Tertuduh yang berusia 67 tahun itu juga diarahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan semasa menjalani hukuman penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis untuk tempoh 2 tahun selepas selesai hukuman penjara.

Iklan
Iklan

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh didapati bersalah terhadap terhadap kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 6 tahun dengan mencium mulut dan kemaluannya di sebuah taska di daerah ini pada 28 Ogos 2017, antara jam 1 dan 2 petang.

Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebab, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad merayu supaya mahkamah memberikan hukuman ringan atas anak guamnya yang sudah berusia.

Iklan