Hubungan China-Malaysia kekal erat
Iklan
SHAH ALAM - Duta China ke Malaysia, Bai Tian berharap China dan Malaysia akan terus menikmati kemakmuran dan kestabilan di samping rakyat kedua-dua negara ini dapat mengekalkan persahabatan yang terjalin selama ini.
"Pada tahun 2018, PRU14 telah diadakan dan peralihan kuasa politik di Malaysia berlaku dengan lancar. Kami percaya bahawa di bawah kepimpinan kerajaan baharu, Malaysia akan mencapai kestabilan, kemajuan dan kemakmuran.
Iklan
Iklan
"2019 menanda ulang tahun ke-45 jalinan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Selama hampir setengah abad ini, kita selalu menganggap sesama sendiri sebagai jiran rapat dan rakan yang ikhlas. Hubungan persahabatan antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dan mengatasi segala cabaran," kata beliau dalam kenyataannya sempena sambutan Tahun Baharu 2019, semalam.
Menurut Bai, akibat pengaruh anti globalisasi dan proteknisme, semua pihak mempunyai kebimbangan dan harapan tentang pembangunan manusia pada masa depan.
Iklan
"Bagaimanapun, kerajaan dan seluruh rakyat jelata China serta Malaysia tetap yakin dan tabah untuk merebut peluang dan menangani cabaran. Kedua-dua negara telah mengatasi segala masalah dan mendapat pencapaian cemerlang dalam sektor pembangunan masing-masing.
"Sempena ulang tahun ke-40 pengamalan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka, pembangunan ekonomi China telah mencapai kemajuan penting. Ini bukan sahaja bermanfaat bagi rakyat China, bahkan juga menyumbang besar kepada pembangunan mampan ekonomi dunia.
Iklan
"Kerjasama antara China dan Malaysia juga memang membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melawat ke China pada permulaan pentadbirannya. Pemimipin kedua-dua negara telah menunjukkan kepada dunia keazaman untuk terus menggalakkan kerjasama dua hala," katanya lagi.
Sempena ulang tahun ke-45 jalinan hubungan diplomatik China-Malaysia ini, kata Duta China ke Malaysia ini lagi, pihaknya bersedia untuk berganding bahu dengan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam memperkasakan hubungan dua hala yang mesra pada titik permulaan bersejarah yang baru, dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penjara tiga tahun, denda RM20,000 jika sewa atau serah MyKad kepada pendatang asing"><meta itemprop="description" content="Individu yang menyewa atau menyerahkan MyKad mereka kepada pendatang asing boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan itu mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 bagi mengekang pencerobohan identiti warganegara oleh pendatang asing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801334/berita/nasional/penjara-tiga-tahun-denda-rm2000-jika-sewa-atau-serah-mykad-kepada-pendatang-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangmediadewanrakyat #Mykad #salahgunamykad"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-21T06:41:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gGK8k1gs5wqYTutd4/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbq2m26"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbq2m26"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbq2m26"></script>