Sultan Muhammad V solat Jumaat di Masjid An-Nur

Iklan
Sultan Muhammad V solat Jumaat di Masjid An-Nur
TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid An-Nur Kota Kubang Labu, Pasir Pekan hari ini.

Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 12 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pohon Tanjung baru-baru ini.

Sebelum berangkat pulang, baginda turut berkenan bersalaman dengan rakyat jelata.