Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS
Iklan
RINGGIT dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan kekurangan permintaan meskipun keputusan yang diambil Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) semalam untuk mengurangkan kadar faedah.
Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1905/1945 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1820/1860 pada Rabu.