IPU Johan Setia menurun, Kuching dan Samarahan kekal
Iklan
KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan tempat di Semenanjung berkurangan pagi ini termasuk di Johan Setia, Klang yang berada pada paras tidak sihat (188) setakat 7 pagi ini berbanding sangat tidak sihat (231), tengah malam tadi.
Bagaimanapun, bacaan IPU di Kuching dan Samarahan di Sarawak masing-masing meningkat daripada 243 kepada 271 dan 213 kepada 229 bagi tempoh yang sama iaitu kekal dalam kategori sangat tidak sihat.