Indonesia naikkan had umur kahwin bagi wanita kepada 19 tahun

Iklan
Parlimen Indonesia sebulat suara bersetuju menaikkan had umur berkahwin bagi wanita di negara itu kepada 19 tahun. - FOTO: CNN

JAKARTA - Parlimen Indonesia sebulat suara bersetuju menaikkan had umur berkahwin bagi wanita di negara itu kepada 19 tahun.

Keputusan itu diambil bagi membendung amalan perkahwinan bawah umur yang semakin membimbangkan.

Iklan
Iklan

Indonesia sebelum ini meluluskan kebenaran untuk wanita yang berumur 16 tahun untuk berkahwin, manakala 19 tahun bagi lelaki.

Negara itu berada pada kedudukan kelapan dalam senarai negara yang merekodkan perkahwinan bawah umur paling tinggi.

Iklan
Iklan

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), sebanyak 14 peratus gadis di Indonesia sudah berkahwin sebelum usia 18 tahun dan satu peratus sudah menikah sebelum hari jadi ke-15 mereka. - Agensi