Isu elaun penyelia PDK dibahas di Parlimen

Iklan
Nor Azrina teruja melihat koleksi motosikal klasik yang menyertai program dianjurkan semalam.

SUNGAI PETANI - Isu berkaitan elaun penyelia dan petugas pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang masih di tahap rendah akan dibahaskan dalam sidang Parlimen akan datang.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip berkata, beliau akan memberi perhatian serius berhubung isu itu supaya mendapat perhatian serta sokongan ahli Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu sudah beberapa kali dibangkitkan, tetapi perlu dibahas secara lebih serius walaupun sudah berada dalam perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Isu ini akan kita angkat supaya dilihat semula dan kebarangkalian untuk dinaikkan sedikit elaun disebabkan beban kerja yang tinggi dan mereka menguruskan anak istimewa yang sifat berbeza tak sama dengan macam anak yang normal fizikalnya," katanya.

Nor Azrina (dua kiri) melihat salah sebuah motosikal klasik yang turut menyertai program semalam.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Satu Generasi, Satu Hati, Satu Jiwa, Satu Impian Menuju Kejayaan 2019 anjuran PPDK Sungai Petani dan Kelab Belia Progresif Sungai Merbok di Jeti Semeling semalam.

Hadir sama, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Muda, Nor Harina Ayob, Pengerusi PPDK Sungai Petani, Mohamad Mohaidin Hashim dan Pengerusi Kelab Belia Progresif Sungai Merbok, Muhammad Hanif Abd Latif.

Iklan

Menurutnya, isu berhubung elaun penyelia dan petugas PPDK bukan sahaja akan dimasukkan ke dalam soalan lisan dan bertulis, tetapi akan turut dimuatkan untuk sesi perbahasan.

"Bila disebut dalam perbahasan, menteri akan beri respon terhadap isu tu, jadi kebarangkalian untuk dibahaskan atau mendapat sokongan ahli Parlimen lain itu ada, bila banyak sokongan, insya-ALLAH diangkat dan diberi perhatian," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Hanif berkata, beberapa acara dijalankan sempena sambutan Hari Malaysia ke-56 membabitkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) dan belia bagi mengeratkan hubungan antara semua lapisan masyarakat.

"Selain sukaneka pakaikan baju OKU, semakin jauh semakin Sayang, pencarian harta Karun dan lain-lain, peserta turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 buah motosikal klasik dari Rachun Dhonia Old's Cub Owner yang menarik perhatian,"katanya.

Turut diadakan, jualan gerai produk kraftangan OKU, alat ganti motosikal, makanan ringan serta pameran Arkeologi Sungai Batu.