KBS minta penjelasan dakwaan stadium tidak selamat
Iklan
Steven (berdiri, tujuh dari kiri) bersama penganjur dan peserta selepas merasmikan Penutupan Silat Terbuka Cekak Harimau Malaysia 2019 Kali Ke-2 di Dewan Tun Razak Temerloh hari ini. Foto Bernama
TEMERLOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meminta penjelasan daripada pihak terlibat berhubung dakwaan 13 stadium di seluruh negara tidak selamat kerana didakwa tidak mempunyai Sijil Pematuhan Kod (CCC).
Timbalan Menterinya, Steven Sim berkata, penjelasan dan maklumat terperinci perlu diperoleh sebelum kementerian mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut.
Iklan
Iklan
"Kita perlu lihat dahulu perkara ini dengan pengurusan stadium yang terlibat dan juga bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tentang apa yang berlaku," katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini.
Steven ditemui selepas merasmikan penutupan Kejuaraan Silat Terbuka Cekak Harimau Malaysia 2019 di Dewan Tun Razak di sini melibatkan 601 pesilat daripada 44 pasukan dalam dan luar negara.
Iklan
Sebuah media tempatan hari ini melaporkan 13 stadium di seluruh negara tidak selamat kerana tidak mempunyai CCC atau juga dikenali sebagai Sijil Layak Menduduki (CF) yang berisiko mengundang bahaya.
Laporan itu memetik Ketua Seksyen Perakuan Keselamatan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, Datuk Zamri Che Din sebagai berkata, perkara itu disebabkan binaannya sudah menjangkau 20 tahun menyebabkan ia tidak mematuhi ciri keselamatan berkaitan CCC.
Iklan
Zamri berkata, CCC penting bagi memastikan bangunan itu mempunyai ciri keselamatan optimum membabitkan pendawaian, laluan keselamatan dan pencegahan awal kebakaran. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>