Taman Mini Malaysia, ASEAN perlu henti operasi

Iklan
Taman Mini Malaysia dan ASEAN di Ayer Keroh di sini perlu dihentikan operasinya segera atas faktor keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan

MELAKA - Taman Mini Malaysia dan ASEAN di Ayer Keroh di sini perlu dihentikan operasinya segera atas faktor keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan, kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mohd Rafiq yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka berkata, langkah penutupan pusat tarikan pelancong itu bagaimanapun akan segera dibincangkan dengan syarikat pengurusan Taman Mini Malaysia dan ASEAN itu tanpa menjejaskan rundingan kedua-dua pihak.

Iklan
Iklan

"Taman Mini Malaysia dan ASEAN adalah aset milik PKNM dan taman berkenaan kini diuruskan oleh syarikat swasta.

"Kerajaan negeri melalui PKNM banyak menerima aduan berhubung tahap keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan daripada pelancong tempatan dan asing," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama

Iklan
Iklan