PONTIAN - Pemandangan indah Pulau Pisang yang menjadi tarikan kawasan pesisir pantai di daerah ini seakan-akan 'tenggelam' apabila pulau itu langsung tidak kelihatan sejak kelmarin akibat jerebu.
Tinjauan Sinar Harian ke Taman Awam Tepi Laut Pontian itu mendapati walaupun cuti hujung minggu dan Hari Malaysia, jumlah pengunjung yang melawat ke taman tersebut berkurangan berbanding biasa.