Lima lokasi catat IPU sangat tidak sihat hari ini

Iklan
Lima kawasan catat IPU sangat tidak sihat hari ini. - Foto APIMS

SHAH ALAM - Lima lokasi termasuk di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu melebih bacaan 200 hari ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, tiga lokasi di Sarawak yang terjejas teruk akibat jerebu adalah di Kuching dengan bacaan IPU 247 serta di Samarahan dan Sri Aman yang masing-masing pada bacaan 219 setakat jam 10 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, dua lagi lokasi yang turut menunjukkan IPU sangat tidak sihat ialah di Putrajaya dengan bacaan 203 dan Johan Setia Klang (205).

Selain itu, 29 kawasan direkodkan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, 24 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan 10 kawasan dilaporkan baik pada hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, dua lokasi iaitu di Tangkak, Johor dan Melaka yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat semalam dilihat kembali pulih dan mencatatkan bacaan kurang daripada 200 hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Iklan