Zaaim juara Mentor 7, Siti Nordiana bangga

Iklan
Zaaim juara Mentor 7, Siti Nordiana bangga.

PROTEGE Siti Nordiana iaitu Zaaim diumumkan sebagai juara pertandingan Mentor 7 yang berlangsung di Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral‬, malam tadi.

Siti Nordiana pastinya berbangga dengan pencapaian anak didiknya itu.

Iklan
Iklan

Zaaim atau nama sebenarnya Zaaim Abdullah menyampaikan dua buah lagu iaitu Bukan Rayuan Gombal nyanyian asal Judika dan lagu duet Gemuruh bersama Lan Solo .

Kemenangan itu melayakkan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan sebuah kereta tajaan Aerocar bernilai RM70,000.

Iklan

Zaaim menewaskan tiga orang pesaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Pasya yang juga protoge Aizat Amdan, Azmirul (Hafiz Suip) dan Ranisha (Datuk Syafinaz Selamat).

Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi, 24, memenangi tempat kedua menerima wang tunai RM40,000 dan tempat ketiga milik Azmirul, membawa pulang wang tunai RM20,000.

Iklan

Manakala Ranisha memenangi tempat keempat dan turut menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Persembahan empat peserta dinilai oleh juri tetap Datuk Wah Idris dan Mas Idayu yang mempengaruhi 50 peratus daripada markah keseluruhan.

Manakala markah ditambah pula dengan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan dan 30 peratus undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.

Malam kemuncak Mentor Otai itu dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahzan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Ella, Khai Bahar dan Nabila Razali.