Tiga lagi ditahan siasat kes bunuh

Iklan
Datuk Hasanuddin Hassan

KOTA BHARU - Tiga lagi termasuk seorang wanita berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki terapung di sungai Kampung Puyu, Pasir Puteh, 4 September lalu.

Suspek wanita ditahan di Jertih manakala dua suspek lelaki berusia 30-an masing-masing ditahan di Pulau Pinang dan seorang menyerah diri di Balai Polis Pasir Puteh antara Rabu dan Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sehingga kini 14 individu berusia antara 19 hingga 53 tahun termasuk lima wanita ditahan.

"Susulan itu, kita turut menemui bukti lain yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, siasatan akan lengkap dalam tempoh erdekat dan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

"Tiga suspek terbabit ditahan reman selama seminggu manakala 11individu terdahulu disambung reman bagi siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat pemuda berusia 26 tahun ditemui terapung berhampiran tebing sungai Kampung Puyu, Pasir Puteh dengan kesan terbakar pada muka dan beberapa tikaman dipercayai dibunuh.