Suspek bunuh bekas isteri serah diri

Iklan
131657

SHAH ALAM - Seorang lelaki menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan kerani sebuah syarikat pengiklanan di sebuah pangsapuri di Prima Damansara di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang juga bekas suami mangsa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia 40 tahun hadir di balai polis kira-kira jam 1.35 pagi tadi dan akan direman di Mahkamah Petaling Jaya jam 11 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa, Nor Hidayah Ahmad, 30, ditemui pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Iklan

Mayat dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal.

Menurut sumber, wanita itu dibunuh selepas dia enggan merujuk semula dengan bekas suaminya.

Iklan

Sumber berkata, sebelum ini bekas suami mangsa didakwa sudah beberapa kali datang memujuk wanita itu untuk merujuk kembali hubungan mereka.