'PH lupa sifat sebuah kerajaan'

Iklan
Mohd Shahar - Foto: Sharifudin Abdul Rahim & Zahid Izzani

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sudah lupa sifat untuk menjadi sebuah kerajaan, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd Shahar Abdullah.

Menurutnya, dalam menjadi sebuah kerajaan, sifat utamanya adalah memberi tumpuan kepada rakyat dan dalam mentadbir pula, pencapaian harus diutamakan.

Iklan
Iklan

"Seandainya falsafah itu dipegang, sudah tentu tak berlaku sekarang. Kalau PH mentadbir dengan falsafah ini, saya yakin UMNO dan Pas tidak akan ditemukan.

"Kita ditemukan atas satu tujuan, untuk kukuhkan akar tunjang rakyat Malaysia,” katanya

Iklan

Menggunakan analogi sebatang pokok, Mohd Shahar melabelkan orang Melayu sebagai akar tunjang namun pokok tidak akan berdiri tegak tanpa akar-akar (bangsa-bangsa) lain yang menyokongnya.

"Percayalah apabila akar tunjang ini kukuh, sudah pasti pokok yang kita akan bina kembali akan teguh. Pokok yang teguh akan mempunyai daun rendang.

Iklan

"Daun rendang akan memberi teduhan melada semuanya. Sudah pasti pokok rendang akan ada buah yang kita akan nikmati bersama kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada program Townhal Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang tadi.