30 kawasan di Semenanjung, Sarawak catat IPU sangat tidak sihat

Iklan
- Foto APIMS

SHAH ALAM - Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung termasuk Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Mengikut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga jam 5 petang tadi mendapati beberapa negeri di Semenanjung antaranya Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Negeri Sembilan merekodkan peningkatan bacaan IPU daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.

Iklan
Iklan

APIMS juga menunjukkan tahap kualiti udara di Johan Setia, Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu pada bacaan 230.

Lima kawasan di Selangor menunjukkan peningkatan bacaan IPU tidak sihat antaranya di Kuala Selangor (110), Petaling Jaya (153), Klang (141) dan Banting (148).

Iklan

Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (151), Seremban (123) dan Port Dickson (125) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (118), Bukit Rambai (125) dan Bandaraya Melaka (120) di Melaka.

Kawasan lain yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Segamat (124), Batu Pahat (113) di Johor; Tasek Ipoh (134), Pegoh Ipoh (112) dan Seri Manjong (140) di Perak.

Iklan

APIMS turut melaporkan 37 stesen berada pada tahap sederhana antaranya, Kangar (83), Langkawi (76), Alor Setar (87), Seberang Perai (95) dan Taiping (95).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) manakala melebihi 300 berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar MyIPU di Google Play bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.