Kehadiran Dr Mahathir disambut dengan sorakan

Iklan
Dr Mahathir menunaikan solat berjemaah diikuti majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kehadiran Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut meriah dengan laungan dan sorakan daripada 5,000 ahli di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Ketibaan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri itu sempena jamuan makan malam bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Ketiga Bersatu.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada Jamuan Makan Malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Kehadiran beliau turut disambut oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Maszlee Malik dan beberapa lagi pemimpin parti berkenaan.

Iklan

Hadir sama barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin lain.

Dr Mahathir menunaikan solat berjemaah diikuti majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Iklan

Terdahulu, Dr Mahathir menunaikan solat berjemaah diikuti majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.