Budak maut didera penjaga selamat dikebumikan

Iklan
Jenazah kanak-kanak berusia dua tahun disembahyangkan di Masjid Jamek Serkam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serkam di sini, hari ini.

JASIN - Jenazah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang dipercayai didera penjaganya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serkam, Merlimau, di sini hari ini.

Jenazah kanak-kanak itu dituntut keluarga di Bilik Forensik Hospital Melaka kira-kira jam 9.50 pagi selepas selesai proses bedah siasat.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid Jamek Serkam.

Pengebumian kira-kira jam 11 pagi itu turut dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga terdekat ibu bapa kandung kanak-kanak itu.

Iklan

Sementara itu, bapa angkat mangsa yang memelihara kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.

"Maaf, mohon beri ruang kepada kami dan saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan. Lagi pun dia (penjaga) adalah saudara saya, biarlah polis yang siasat," katanya.

Iklan
Budak perempuan maut didera: Suami isteri direman