Pescao idam gegar GP San Marino

Iklan
Hafizh Syahrin tekad mengulangi kejayaan ketika beraksi dalam saingan Moto2 dua tahun lalu.

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad mengulangi kejayaan manis menyambar podium pada Grand Prix (GP) San Marino ketika beraksi dalam saingan Moto2 dua tahun lalu.

Terkenal dengan gelaran El Pescao, pelumba Red Bull KTM Tech3 itu berkata, dia akan cuba mengulangi detik manis itu ketika turun ke Litar Misano, Itali hujung minggu ini.