Remaja lemas mandi air terjun

Iklan

ALOR SETAR-- Seorang remaja berusia 15 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di kawasan Air Terjun Puncak Janing, Kuala Nerang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.04 pagi dan tiba di lokasi 10.25 pagi.

Iklan
Iklan

"Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang mangsa lemas di dalam air terjun itu yang terletak kira-kira 400 meter dari parkir kereta dan maklumat awal dari komander operasi mangsa mandi bersama rakannya.

"Mangsa kemudian telah dibawa naik ke kawasan daratan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk proses bedah siasat.- Bernama