Honda Civic musnah terbakar

Iklan
Keadaan kereta terbabit yang musnah akibat kebakaran tersebut awal pagi tadi. (Gambar kecil, anggota berusaha memadamkan api pada kenderaan terbabit.) - Ihsan Bomba

TEMERLOH - Sebuah kereta jenis Honda Civic musnah selepas terbakar di Simpang Belenggu, Jalan Temerloh-Triang tengah malam tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 12.48 tengah malam itu, kereta tersebut terbakar 100 peratus.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Moshen T Ismail berkata, seramai lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian pada jam 1.06 pagi, api sedang marak membakar keseluruhan kenderaan tersebut.

Iklan

"Bagaimanapun tiada mangsa yang terperangkap. Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut dan operasi berakhir pada jam 1.52 pagi," katanya.

Iklan