Pekerja kilang maut langgar kereta pesara guru

Iklan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang - Chemor, hari ini. Foto: Ihsan pembaca Sinar Harian

MERU RAYA - Wanita berusia 21 tahun maut selepas Benelli 135 yang ditunggangnya melanggar bahagian kiri pacuan empat roda Nissan X-Trail di persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang - Chemor, Lebuh Meru Raya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Nur Aqilah Sabrina Mahamad Zahir dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis kerja di kilang berhampiran.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lampu isyarat persimpangan terbabit rosak.

"Kenderaan yang dipandu lelaki berusia 72 tahun dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Meru Raya. Apabila sampai di tempat kejadian, dia mendakwa lampu isyarat di laluannya sedang merah berkelip-kelip kerana rosak.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang - Chemor, hari ini. Foto: Ihsan pembaca Sinar Harian

Iklan

"Di laluan lain juga merah, jadi lelaki terbabit meneruskan perjalanan sebelum tiba-tiba mangsa dari arah kiri melanggar bahagian tepi kiri kenderaannya," katanya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Iklan

"Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian adalah kecederaan di bahagian leher.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan.