KPDNHEP giat pantau bekalan petrol

Iklan
Azman (tiga, kiri) bersama penguatkuasan KPDNHEP melakukan pemeriksaan bekalan bahan api di stesen minyak di R&R Ulu Bernam.

ULU BERNAM - Pengusaha stesen minyak di diingatkan agar memastikan bekalan bahan api di premis masing-masing mencukupi walaupun dijangka berlaku penyelarasan harga RON95 awal tahun depan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam berkata, pihaknya giat melakukan pemeriksaan di semua stesen minyak termasuk di kawasan lebuh raya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan 50 penguat kuasa itu bermula 26 Disember lalu sehingga 6 Januari melibatkan 611 stesen minyak di negeri ini.

"Sehingga hari ini, kita sudah memeriksa 150 stesen minyak dan didapati bekalan bahan api adalah mencukupi termasuk di lebuh raya utama.

Iklan

"Daripada jumlah itu, sebuah stesen minyak dikesan melakukan kesalahan menutup operasi secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang kelulusan dan notifikasi kepada kementerian.

"Kita memandang serius perkara ini dan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1974," katanya ketika melakukan pemeriksaan di stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, pagi tadi.

Iklan

Azman berkata, stesen minyak dilengkapi sistem sukatan yang mengesan bacaan secara automatik dan penghantaran baharu akan dilakukan sekiranya jumlah bekalan di tangki simpanan berada di tahap minima.

Menurutnya, permintaan di stesen minyak di lebuh raya utama meningkat menjelang cuti sekolah yang akan berakhir tidak lama lagi.

"Ramai yang akan pulang ke kampung dan bila pengguna berada di kampung atau kembali ke bandar, permintaan di stesen minyak di kawasan terbabit pula akan meningkat.

"Oleh itu pengguna disaran agar mengisi minyak terlebih dahulu sebelum memasuki lebuh raya selain mengelak kesesakan trafik di stesen minyak.

"Kita akan terus memantau agar bekalan di semua stesen minyak mencukupi dan mematuhi peraturan ditetapkan kerana sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan tindakan tarik lesen,"katanya.