'Kerajaan perlu membela, bukan bebankan rakyat'

Iklan
Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

MERU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menentang keras sebarang cadangan menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Menurutnya, kerajaan wajib membela rakyat dan sepatutnya menyelesaikan masalah tanpa membebankan golongan itu.

Iklan
Iklan

"Saya secara peribadi menentang keras usaha atau pandangan penamatan skim pencen kepada rakyat yang berkhidmat dengan kerajaan sama ada lantikan lama atau baharu.

"Menjadi tanggungjawab kerajaan mengurangkan beban rakyat bukan sebaliknya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Iklan

Tambahnya, kerajaan wajib menanggung bebanan rakyat bukannya rakyat yang perlu menanggung bebanan kerajaan.

"Nak marah, marah la... saya pun rakyat juga. Saya sanggup hilang kedudukan saya kerana isu ini,” katanya.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk persetujuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan kaji cadangan henti skim pencen: TPM