BATU SAPI - Kerajaan hari ini bukan sahaja telah membuktikan kesungguhan untuk mengatasi masalah lambakan pendatang tanpa izin di Sabah, tetapi akan sentiasa mencari kaedah dan pendekatan lebih baik lagi untuk membanteras kemasukan warga asing secara haram ke negara ini, khususnya ke Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, perkara itu sering dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri bagi mencari pendekatan terbaik untuk mengawal warga asing di negara ini.