JDT II mara separuh akhir Piala Cabaran

Iklan
Pemain JDT II Mohamad Ghaddar (dua, kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan-rakan ketika menentang Kelantan pada perlawanan Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini. - Foto BERNAMA

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) II berjaya mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir Piala Cabaran 2019, setelah membenam Kelantan 3-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.

Penyerang import dari Lebanon, Mohamad Ghaddar meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan seawal minit ke ketujuh, sebelum Muhammad Ramadan Saifullah Usman menggandakan jaringan pada minit ke-25, apabila bijak menolak masuk hantaran S. Kumaahran.

Iklan
Iklan

Bersambung babak kedua, JDT II terus mengganas dengan menambah jaringan, kali ini menerusi Kumaahran pada minit ke-50, namun Kelantan cuba bangkit menerusi jaringan Muhammad Fauzi Roslan pada minit ke-73.

Empat minit sebelum perlawanan berakhir, Kelantan berpeluang untuk merapatkan lagi jurang apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Nik Akif Syahiran Nik Mat dijatuhkan oleh pemain tuan rumah dalam kotak penalti, namun sepakan itu gagal disempurnakan.

Iklan

Sementara itu, dalam aksi Kumpulan B, Selangor United mencatatkan kemenangan sulung musim ini selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Selangor United yang turun selaku pasukan tuan rumah, menjaringkan gol menerusi Rafiq Shah Zaim pada minit ke-67.

Iklan

Kedua-dua pasukan itu bagaimanapun tidak berpeluang mara ke separuh akhir apabila juara bertahan, Terengganu FC (TFC) II dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC telah terlebih dahulu mengesahkan tempat di pusingan empat terakhir itu. - Bernama