Anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik
Iklan
KOTA KINABALU - Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Lotong, Kampung Lotong, dekat Kota Marudu, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa Latif Muhamar Sabindo Latapa, 28, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dilaporkan mengalami kebas badan sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.