MELAKA TENGAH - Penceramah agama di negeri ini dinasihati supaya tidak menggunakan majlis ilmu di surau atau masjid sebagai pentas menjual produk bagi mencari keuntungan peribadi.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu tidak dilarang namun penceramah perlu mempunyai etika dalam menjalankan tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada masyarakat.