112 kes jenayah siber direkod di Segamat

Iklan
- Gambar hiasan

SEGAMAT - Sebanyak 112 kes jenayah siber direkodkan berlaku di daerah ini sepanjang 2018.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, jenayah membabitkan hampir RM2 juta nilai kerugian berdasarkan kesemua laporan diterima.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 57 kes direkodkan membabitkan mangsa wanita manakala 55 kes melibatkan mangsa lelaki.

"Bagi sektor pekerjaan, 44 kes ini dilaporkan berlaku dalam kalangan pekerja swasta, 22 kes pula bagi penganggur dan 21 kes direkod daripada kakitangan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, tujuh lagi kes jenayah siber berlaku kepada pelajar, manakala ahli perniagaan dan guru pula masing-masing merekodkan lima kes.

"Bagi kerani swasta pula ada empat kes dan pesara mencatatkan tiga kes,” katanya.

Iklan

Katanya, tahap kesedaran orang ramai untuk membendung taktik penipuan oleh penjenayah siber di daerah ini masih belum memuaskan.

Justeru itu, Raub menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang berlaku.