IPU Johan Setia hampir cecah paras tidak sihat

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Indeks pencemaran udara (IPU) di Johan Setia hampir mencecah paras tidak sihat hingga jam 2 petang tadi.

Menerusi laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia, bacaan di Johan Setia menunjukkan bacaan pada skala 97.

Iklan
Iklan

Kawasan berkenaan mencatat bacaan tidak sihat dari jam 2 petang semalam hingga 8 pagi tadi dengan skala antara 113 hingga 151.

Beberapa kawasan lain di Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Petaling, Shah Alam, Klang dan Banting pula mencatat bacaan sederhana.

Iklan
Iklan

Sementara itu, IPU di Miri, Sarawak masih direkod tidak sihat dengan bacaan 155.