Guru cium pelajar dipenjara enam bulan

Iklan
Gambar hiasan

SINGAPURA - Seorang guru dihukum penjara enam bulan pada Selasa kerana didapati bersalah mencium seorang pelajar berusia 14 tahun sebanyak dua kali.

Guru berusia 35 tahun itu mengaku bersalah atas satu dakwaan mengeksploitasi seseorang di bawah umur secara seksual.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan, guru sebuah sekolah menengah di sini terlibat sebagai penyelia kegiatan luar darjah yang disertai mangsa.

Sebelum kejadian, guru dan mangsa terbabit pernah beberapa kali bertemu di luar sekolah.

Iklan

Pada 28 Julai tahun lalu, guru tersebut menemani sekumpulan pelajar termasuk mangsa untuk menonton persembahan teater dan mangsa bersetuju dengan pelawaan guru terbabit untuk keluar makan malam di sebuah restoran selepas tamat persembahan.

Setelah selesai makan malam, pelajar terbabit duduk di sebelah selepas diminta berbuat demikian sebelum guru itu meletakkan lengan di bahu dan mencium bibirnya.

Iklan

"Mangsa terkejut dan gementar. Dia berasa malu dan takut. Oleh kerana beliau tidak pasti bagaimana untuk bertindak, beliau ketawa." kata pihak pendakwa.

Mereka kemudiannya meninggalkan restoran tersebut dan pelajar itu memberitahu ingin pulang ke rumah.

Guru tersebut sekali lagi mencium bibir pelajar terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya, Ben Mathias Tan meminta agar dia dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya lapan bulan kerana individu di bawah umur sepatut dilindungi daripada dieksploitasi secara seksual. - BERITA.MEDIACORP.SG